Jawapan, tiada asas kecuali ingin berkuasa.
Parti politik Melayu dan berlabel Islam pertama yang mengikat perjanjian dengan DAP untuk masuk pilihanraya umum adalah PAS.
Parti politik Melayu dan pemimpin utamanya Islam yang kedua mengikat perjanjian dengan DAP untuk masuk pilihanraya umum adalah PPBM iaitu pada tahun 2018.
Parti politik Melayu dan berlabel Islam pertama yang mengikat perjanjian dengan DAP untuk masuk dua pilihanraya umum adalah PAS. Ikatan perjanjian rasmi (bukan perjanjian mulut) pertama pada 1999 dan kedua pada 2008.
Kedua parti ini mengikat perjanjian untuk bersama menentang UMNO BN yang dipimpin oleh pemimpin Melayu yang beragama Islam. Asas utama PAS dan PPBM bersama DAP hanyalah satu, untuk menubuhkan kerajaan dan kerajaan tersebut bukan kerajaan Islam seperti yang PAS canang dan tunggang selama ini.
Parti politik yang dipimpin oleh Melayu Islam yang belum mengikat perjanjian dengan DAP adalah UMNO BN.
Kesemua pilihanraya umum(sebanyak 15 kali) UMNO BN bertanding kesemua kerusi parlimen iaitu sebanyak 222 kerusi. Dengan kata lain UMNO BN melakar sejarah ‘Go Solo’ sepanjang sejarah pilihanraya umum bagi Malaysia sejak merdeka.
Presiden UMNO yang terkini, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengotakan janjinya pada pilihanraya umum ke-15, “No Anwar, No DAP dan No PPBM” dengan UMNO BN bertanding kesemua kerusi parlimen.
Ada pihak yang sehingga kini meroyan, memutar belit fakta dan membina naratif kononnya DS Zahid melanggari sumpah apabila bersama DAP PH membentuk kerajaan Perpaduan setelah selesai PRU ke 15.
Mereka sengaja ingin mengalihkan perhatian bahawa PASeDAP BERseDAP adalah fakta yang tidak mampu ditutup dengan keranda mayat.
Sepatutnya bila bercakap tentang asas kenapa Melayu tolak DAP, ceritakan dengan betul bahawa UMNO BN mempunyai asas tersendiri untuk tidak bekerjasama dengan DAP sebagai satu pasukan di dalam pilihanraya umum dan PAS serta PPBM hanya untuk BERseDAP demi khayal merasai kuasa.
Tidak perlu membina naratif kononnya PASeDAP dan BERseDAP ini bersekutu dengan DAP kerana DAP akan berubah.
Ketika kerjasama PASeDAP dan BERseDAP, DAP kekal dan tidak berubah dengan ‘liberalisme’ dan ‘sekularisme’ malah ‘kalau ada unsur pluralisme dan evangelisme’ seperti yang didakwa oleh pemimpin BERseDAP dan PASeDAP sekarang di dalam ceramah politik mereka?
DAP tidak pernah sesekali mengubah perlembagaan parti mereka ketika bersama PASeDAP dan BERseDAP. Jadi apa asas mereka bersama DAP sebenarnya kecuali sebagai penyeDAP sahaja.
Comments
Post a Comment