Selesaikan Masalah Pesawah, Bukannya Usung Mereka Jadikan Bahan Politik Murahan




Kerajaan Madani telah mengambil langkah-langkah lain(Baca di SINI) seperti menaikkan harga lantai belian padi dan menyediakan skim takaful tanaman padi untuk melindungi pesawah daripada kerugian akibat bencana alam atau serangan penyakit.

Kerajaan Madani telah menaikkan harga lantai belian padi sebanyak dua kali dalam tempoh pemerintahannya:

Kenaikan Pertama: Pada tahun 2023, harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan metrik.

Kenaikan Kedua: Bermula 16 Februari 2025, harga tersebut diselaraskan lagi kepada RM1,500 per tan metrik.

Malah Kerajaan Madani, melalui pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah menterinya, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri, telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menyokong golongan pesawah padi.

Berikut adalah antara bantuan yang disediakan:

Program Peningkatan Pendapatan (PPP):

Inisiatif ini bertujuan membantu individu atau keluarga, termasuk pesawah padi, meningkatkan sumber pendapatan melalui sokongan seperti latihan, peralatan, atau modal permulaan untuk aktiviti ekonomi.

Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB):

Program ini menyediakan bantuan dan sokongan kepada usahawan luar bandar, termasuk pesawah yang ingin menceburi bidang keusahawanan, dalam bentuk latihan, bimbingan, dan akses kepada pasaran.

Program Bina Insan (PBI):

Memfokuskan kepada pembangunan modal insan, program ini menawarkan kursus, seminar, dan bengkel yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk luar bandar, termasuk pesawah padi.

Bantuan Subsidi Tunai melalui Program BUDI:

Kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI) yang menyediakan bantuan subsidi tunai kepada golongan petani, penternak, dan pekebun kecil yang berdaftar dengan kementerian terlibat. Bantuan ini bertujuan membantu mereka menghadapi kenaikan kos, termasuk kos diesel untuk jentera pertanian.

Golongan petani disarankan jangan termakan dengan hasutan daripada pihak yang mempunyai agenda kepentingan politik. Jika ada masalah, terus berjumpa dengan agensi yang terlibat. Cukuplah ditipu banyak kali.

Muhyiddin terima dana dari Tokey BERNAS tetapi salurkan kepada partinya dan bukannya untuk meringankan beban pesawah. Lihat pengakuan Muhyiddin di SINI.

Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"