PRK DUN Ayer Kuning Bakal Menjadi Pentas Menyebar Fitnah?



Belum pun bermula pilihanraya kecil DUN Ayer Kuning, Perak, sudah ada individu yang berani melemparkan tohmahan jelek kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad.Individu tersebut kini sedang diburu oleh pihak PDRM kerana memuatnaik tuduhan liar kononnya Saarani adalah ketua kafir harbi.

Kafir harbi adalah istilah yang merujuk kepada orang bukan Islam yang memusuhi Islam dan umat Islam serta berperang menentang mereka. Sedangkan di negara ini label "kafir harbi" bukan sesuatu yang boleh digunakan sewenang-wenangnya dalam konteks moden, terutama dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Pihak PDRM dan jabatan agama Perak wajar memantau ceramah sempena dengan pilihanraya kecil DUN Ayer Kuning kelak. Tindakan tegas perlu diambil jika ada mana-mana penceramah atau siapa sahaja yang cuba mengambil kesempatan menyebarkan fitnah sempena pilihanraya kecil tersebut.

Cukup-cukuplah dengan alasan mempunyai 'kad OKU'.






Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.