MAKANAN pedas sinonim dengan cita rasa lidah rakyat Malaysia kerana ia mampu menambahkan lagi kepuasan serta melengkapkan sajian dalam menu seharian.
Meskipun menyelerakan dan cili digemari ramai, kita juga harus tahu pengambilan makanan pedas juga ada keburukannya.
Pegawai Dietetikk, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Nor Syarahani Jusoh, berkata pengambilan makanan pedas berlebihan boleh menyebabkan penyakit gastritis atau radang perut.
Pegawai Dietetikk, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Nor Syarahani Jusoh.
"Cili mengandungi capsaicin yang boleh merangsang pengeluaran asid dalam perut dan jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan pada lapisan perut, pedih ulu hati, serta loya dan ulser perut.
"Walaupun capsaicin tidak menyebabkan ulser secara langsung , pengambilan cili berlebihan boleh merengsakan perut dan memburukkan simptom ulser bagi mereka yang sudah mengalaminya," katanya.
Beliau berkata, individu yang menggemari makanan pedas juga boleh mengalami asid refluk (GERD -Gastroesophageal Reflux Disease) yang melemahkan sfinkter esofagus bawah sehingga asid perut naik ke esofagus.
"Akibatnya boleh menyebabkan pedih ulu hati, rasa masam di mulut dan ketidakselesaan pada bahagian dada," katanya.
Beliau berkata, mungkin ramai yang tidak mengetahui makanan pedas juga boleh menyebabkan sindrom usus sensitif (IBS - Irritable Bowel Syndrome) sehingga individu berkenaan mengalami cirit-birit, kekejangan perut dan kembung.
"Kesan pengambilan cili berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit dan masalah pencernaan apabila capsaicin merangsang peristalsis (pergerakan usus) secara berlebihan menyebabkan najis mencair.
"Malah individu yang suka sebaliknya menggunakan bahan tiruan seperti perisa pedas sintetik dan bahan kimia tambahan.
"Makanan pedas tiruan mungkin lebih mudah didapati dan lebih kuat rasa pedasnya, tetapi ia mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
"Jika mahu makan pedas dengan lebih sihat, pilih cili asli dan elakkan makanan yang mengandungi banyak bahan tiruan seperti pewarna, perisa sintetik dan pengawet," katanya.
Antara bahan pedas sintetik yang biasa digunakan dalam mi segera pedas, snek pedas dan makanan segera adalah capsaicin yang memberikan rasa pedas yang kuat dan konsisten.
"Selain itu, terdapat kandungan Monosodium Glutamate (MSG) untuk meningkatkan rasa makanan pedas dan bagi sesetengah orang, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan Chinese Restaurant Syndrome seperti sakit kepala, loya dan pening.
"Perisa pedas buatan dalam makanan ringan yang pedas seperti kerepek, mi segera dan sos buatan dibuat daripada campuran bahan kimia untuk meniru rasa pedas cili," katanya.
Katanya, penggunaan pewarna makanan sintetik menjadikan makanan pedas kelihatan lebih merah atau jingga, menyerupai cili asli.
"Sesetengah pewarna tiruan juga dikaitkan dengan sikap hiperaktif kanak-kanak dan berisiko bagi individu sensitif.
"Pengawet kimia seperti BHT, BHA, sodium benzoate yang digunakan untuk mengekalkan ketahanan makanan pedas dalam bungkusan pula boleh meningkatkan risiko masalah hati dan sistem saraf jika diambil secara berlebihan," katanya.
Cili mengandungi beberapa bahan aktif yang boleh memberi kesan kebaikan kepada kesihatan.
Katanya, bahan utama paling berpengaruh dalam cili adalah capsaicin yang bersifat antiradang, boleh membantu mengurangkan sakit otot serta sendi, meningkatkan metabolisme dan membantu pembakaran lemak.
"Ia turut berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), mempunyai kesan analgesik (melegakan kesakitan) dan digunakan dalam ubat sapu untuk masalah seperti arthritis," katanya.
Beliau berkata, bahan lain terdapat dalam cili adalah karotenoid yang mengandungi beta-karoten, lutein, zeaxanthin untuk membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan mata dengan mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia.
"Kajian yang dilakukan terhadap kesemua bahan itu tidak mempunyai kesan negatif kecuali jika diambil dos tinggi dalam bentuk suplemen," katanya.
Perasa pedas tiruan
Katanya, vitamin dan mineral yang terdapat dalam cili juga memberi kesan positif kerana vitamin A dapat meningkatkan sistem imun serta membantu penyerapan zat besi.
"Vitamin C juga penting untuk kesihatan mata, kulit, serta sistem imun dan kandungan kalsium pula menyokong fungsi jantung selain tekanan darah yang sihat.
"Serat yang terdapat dalam cili juga turut membantu dalam penghadaman dan mencegah sembelit, namun jika dalam jumlah banyak tanpa cukup air boleh menyebabkan kembung atau ketidakselesaan kepada perut," katanya.
Nor Syarahani berkata, tidak dinafikan pada zaman ini, banyak makanan pedas tidak hanya bergantung kepada cili asli, sebaliknya menggunakan bahan tiruan seperti perisa pedas sintetik dan bahan kimia tambahan.
"Makanan pedas tiruan mungkin lebih mudah didapati dan lebih kuat rasa pedasnya, tetapi ia mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
"Jika mahu makan pedas dengan lebih sihat, pilih cili asli dan elakkan makanan yang mengandungi banyak bahan tiruan seperti pewarna, perisa sintetik dan pengawet," katanya.
Antara bahan pedas sintetik yang biasa digunakan dalam mi segera pedas, snek pedas dan makanan segera adalah capsaicin yang memberikan rasa pedas yang kuat dan konsisten.
"Selain itu, terdapat kandungan Monosodium Glutamate (MSG) untuk meningkatkan rasa makanan pedas dan bagi sesetengah orang, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan Chinese Restaurant Syndrome seperti sakit kepala, loya dan pening.
"Perisa pedas buatan dalam makanan ringan yang pedas seperti kerepek, mi segera dan sos buatan dibuat daripada campuran bahan kimia untuk meniru rasa pedas cili," katanya.
Katanya, penggunaan pewarna makanan sintetik menjadikan makanan pedas kelihatan lebih merah atau jingga, menyerupai cili asli.
"Sesetengah pewarna tiruan juga dikaitkan dengan sikap hiperaktif kanak-kanak dan berisiko bagi individu sensitif.
"Pengawet kimia seperti BHT, BHA, sodium benzoate yang digunakan untuk mengekalkan ketahanan makanan pedas dalam bungkusan pula boleh meningkatkan risiko masalah hati dan sistem saraf jika diambil secara berlebihan," katanya.
Comments
Post a Comment