1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak berikutan kematian penyandangnya Allahyarham YB Ishsam bin Shahruddin pada 22 Februari 2025.
2. Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku.
13. Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak akan diadakan pada 7 Mac 2025 (Jumaat) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.
4. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.
Sekian, terima kasih.
DATO’ INDERA IKMALRUDIN ISHAK
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
28 Februari 2025 / 29 Syaaban 1446H



Comments
Post a Comment