Ismail Sabri masih perlukan pemerhatian rapi doktor

 

Bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut setiausaha akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.

“Keadaan beliau (Ismail Sabri) okey cuma tekanan darah turun naik.

“Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azran Fitri berkata pihak hospital tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

- Bernama








Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.