Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa BN akan memilih calon yang memenuhi kriteria 'WALI'—boleh menang (winnable), diterima (acceptable), dan disenangi (likeable) oleh rakyat.
Menurut DS Zahid, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Haji Saarani dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon yang sesuai.
Selain itu DS Zahid juga menjelaskan bahawa BN memberi peluang kepada semua kumpulan, termasuk wanita, pemuda, dan puteri, untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihanraya kecil ini.
Pergerakan Pemuda UMNO juga telah mengemukakan nama calon untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti. Namun menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Presiden parti untuk membuat keputusan muktamad mengenai pemilihan calon.
Melihat kepada keputusan pilihanraya yang lalu, BACA DI SINI, terlalu sukar untuk pembangkang menembusi kubu kuat UMNO BN ini dan komposisi serta keputusan dari pilihanraya yang lalu dilihat antara faktor sukarnya PN untuk menang.
DUN Ayer Kuning, Perak dan komposisi pengundi:
Melayu: 55.64%
Cina: 21.99%
India: 14.30%
Lain-lain: 8.07%
KeputusanPilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan lima penjuru.
1. Calon Barisan Nasional (BN), allahyarham Ishsam Shahruddin dari UMNO, berjaya memenangi kerusi tersebut dengan 9,088 undi
2. Mohd Nazri Hashim dari Pakatan Harapan 6,875 undi
3. Muhammad Noor Farid Zainal dari Perikatan Nasional 6,812 undi
4. Bawani Kaniappan dari Parti Sosialis Malaysia 586 undi
5. Maziah Salim dari Gerakan Tanah Air 105 undi
Majoriti yang diperoleh oleh allahyarham Ishsam adalah 2,213 undi.
Namun Barisan Nasional (BN) tidak memandang mudah usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani berkata banyak perkara perlu diambil kira termasuk bilangan pengundi baharu.
Pada masa sama katanya, BN menyambut baik kesediaan Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggerakkan jentera untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.
Comments
Post a Comment