DUN Ayer Kuning: Kerusi BN Perlu Kekal Untuk Kestabilan Politik Perak


Kenapa perlunya mengekalkan kestabilan politik di sesebuah negeri atau negara?

Jawapannya: Kestabilan politik merupakan paksi kepada kemajuan, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat. Jika sesebuah negeri atau negara tidak stabil maka sesebuah negeri atau negara boleh berdepan dengan pelbagai krisis yang menghalang pembangunan dan kualiti hidup masyarakat akan bercelaru.

Pengundi perlu sedar dan yakin bahawa kestabilan politik akan memberi impak yang penting terutama:-

1. Menjamin Pertumbuhan EkonomiPelabur cenderung melabur dalam negeri dan negara yang stabil dari segi politik kerana ia mengurangkan risiko ketidaktentuan ekonomi.

Negeri dan negara yang stabil dapat merancang dan melaksanakan dasar ekonomi jangka panjang dengan lebih efektif.

2. Menarik Pelaburan Asing dan DomestikJika berlaku ketidaktentuan politik maka natijahnya akan menyebabkan pelabur menarik diri kerana bimbang terhadap perubahan dasar yang drastik.

Negeri atau negara yang stabil dapat menawarkan insentif dan jaminan kepada pelabur untuk terus berkembang.

3. Memastikan Keamanan dan KeselamatanKetidakstabilan politik sering membawa kepada protes, rusuhan, atau konflik dalaman yang boleh menggugat keselamatan rakyat.

Kerajaan yang stabil dapat menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan bagi mengelakkan jenayah dan huru-hara.

4. Memperkukuh Sistem Demokrasi dan Institusi kerajaan yang stabil membolehkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik tanpa gangguan politik yang berlebihan.

Institusi kerajaan dapat beroperasi dengan lancar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

5. Memastikan Pembangunan Infrastruktur dan Sosial yang berterusan seperti projek pembangunan seperti lebuh raya, hospital, sekolah, dan sistem pengangkutan memerlukan kestabilan politik untuk dilaksanakan tanpa gangguan.

Ketidakstabilan boleh menyebabkan kelewatan atau pembatalan projek penting yang memberi manfaat kepada rakyat.

Jika BN kehilangan kerusi ini kepada pembangkang, ia boleh mengganggu keseimbangan politik di negeri Perak.

Pengundi DUN Ayer Kuning juga harus bersama merealisasikan dengan meneruskan legasi dan perjuangan allahyarham YB Ishsam Shahruddin.

Allahyarham Ishsam Shahruddin telah memainkan peranan besar dalam membangunkan DUN Ayer Kuning, terutamanya dalam bidang sukan, pembangunan infrastruktur, dan kebajikan masyarakat.

Sebagai parti yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran, BN-PH mampu membawa lebih banyak peruntukan dan projek pembangunan ke kawasan ini.

Mengekalkan kerusi ini dengan calon BN bermakna meneruskan visi dan usaha yang telah beliau mulakan. Kebajikan seperti bantuan kepada rakyat dan visi pembangunan yang sedang diusahakan oleh allahyarham tidak tergendala.

Kesimpulannya kerusi DUN Ayer Kuning adalah penting dalam memastikan kerajaan negeri Perak terus stabil di bawah kerajaan negeri hari ini yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad.

Pilihanraya bukan menyerahkan untung nasib kita kepada parti yang tidak mempunyai misi dan visi yang jelas selain daripada menyebarkan fitnah dan 'menunggang' isu demi kepentingan politik peribadi pemimpin mereka sahaja.


Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"