Dua bergelar Datuk, antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan SPRM

 

Dua bergelar Datuk adalah di antara empat bekas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber berkata, penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)

"Tiga daripada mereka direman sehingga Selasa ini manakala seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang Datuk dibebaskan hari ini," katanya.

BH difahamkan, beberapa kes ketika ini sedang disiasat oleh SPRM ketika ini dan antaranya membabitkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan tangkapan empat pegawai kanan terbabit.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Putrajaya, Irza Zulaikha, selama lima hari bermula Jumaat lalu terhadap tiga individu.

Seorang lagi suspek direman tiga hari dan dibebaskan hari ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.